Thursday 31 May 2012

jauhkan diri?? benci ke ape nih...

peliklah, knp lately ni aku tak berminat sgt nak berhubung dgn dia? selalu msg2 dialah yg aku tunggu ari2. nak kate merajuk takde sebab ape pun. atau cemburu? cemburu aku takde bwk ape2 makna pun bg dia. lebih baik aku korbankan perasaan aku skrg dr melarat nnt. dia plak, dh mula perasan aku mcm x berapa happy bila dengan dia. 

Sahabat baikku, 

percayalah aku tak pernah pun benci ko. malah aku sgtlah menghargai persahabatan kita. ko buat aku happy sepanjang masa. perkenalan kita tu aku anggap mcm takdir. Allah menemukan kita berdua supaya kita dpt kenal lebih rapat lg. Syukur Alhamdullilah. Aku bahagia skrg. Tapi aku dh langgar syarat, sepatutnya kita berdiri atas dasar kawan shj. aku plak dh mula punya perasaan yg lebih terhadap ko. aku tak tau langsung ape perasaan kau terhadap aku. ko anggap aku kwn sj ke, kwn baik sj ke atau lebih dr kawan?

aku tersepit atau lebih mudah dalam dilema skrg. sebelah tgn aku keluarga asyik mendesak je. asyik nak tau ngn sape aku kwn. knp x bwk balik umh kenal2kan dulu. nape nak kawan lama2. takkan dah selalu kuar langsung takde perasaan antara korg. ni lah soalan2 yg selalu aku dgr dr mak abah aku. tp aku tak blh nak jwb langsung sebab aku takde jawapan tu. sebelah tgn plak ko kwn baik aku. ko sendiri pnh ckp ko x nak kenal ngn fmly aku. ko takut fmly aku akan wat perkara sama mcm yg ko pnh citer kat aku dulu. fmly kwn ko dah anggap ko lebih2. so ko pun undurkan diri. tu yg aku x nak. bila aku desak sgt aku takut ko ulang perkara yg sama. ko x nak ada komitmen tp dlm ms sama ko layan aku lebih mcm sorg kawan. ko pegi tanya mane2 pompuan ade tak hati dia x kan terusik bila ade laki lain baik cmni. aku bukannya robot takde perasaan tau. kadang bila ko citer psl pompuan lain, perasaan cemburu tu dtg tp aku takleh tunjuk sbb ko akan rs pelik knp aku  mst nak jeles sedangkan kita kawan je. KAWAN SAHAJA. mangsanya aku tau. aku tak sanggup nak terima kalo sumer ni berlaku. 

sbb kan 2 perkara ni lah yg kadang2 wat aku termenung sorg. pening sgt. aku sayang ko tapi x boleh lebih. kelakuan kita dh x mcm kawan. ko tanyalah mana2 org pun akan ckp kita bercinta. tinggal tgu ms nak naik pelamin. tp aku tau lah sumer ni takkan terjadi. x paham2 bahasa betul kalo nama si Ain ni. org dah tak suka tu jgn lah nak maksa. tp smpi bila aku kena tgu. umur aku pun bkn muda lagi. kalo ko x de perasaan ngn aku tolong lepaskan aku. biar aku cr jalan hidup aku sendiri. 

Yg aku tau aku takkan berterus terang ngn ko ape yg aku rs ni. biarlah kelakuan aku yg wat ko nampak samada sedar atau tak. org kate lebih baik terus terang kalo x nak terlepas. tp aku x sanggup ambil risiko ni. kalo dia pun ade perasaan kat aku ok lah kira cinta aku berbalas. TAPI, kalo sebaliknya tak ke lagi haru. ingat boleh ke nak rapat2 mcm dulu. mst kita dh jarakkan diri msg2.yelah dah tau perasaan shbt kita kan. mstilah serba salah ye tak. so lebih baik aku korban kan sumer ni.

Insyaallah la Ain, ada jodoh, ada lah. kalo x de, anggaplah dia bkn tercipta untukku. dh lewat mlm ni lebih baik aku tido kang tak bgn pagi lak nnt :)

Sunday 27 May 2012

tak boleh ke kau faham hati dan perasaan ini?..

Ya Allah,

Jika benar Kau tetapkan dia adalah jodoh dan bakal imamku. Kau satukanlah hatiku dan hatinya. Kau dekatkanlah hati kami berdua. Lembutkanlah hatinya agar dapat menerima diri ini seadanya begitu juga aku agar dapat menerima dia seadanya. Ya Allah, jauhkanlah kami dari melakukan perkara-perkara mungkar. Permudahkanlah urusan kami dan percepatkanlah jodoh kami. Hanya pada-Mu tempatku meminta.

dan..

Ya Allah,

Jika benar dia hanya tercipta untuk menjadi sahabatku. Kau jadikanlah dia sahabat yang terbaik untuk diriku selamanya. Jika aku bukan pilihan hatinya, kau jarakkan lah hatiku dan hatinya agar aku tidak lagi terluka. Biar tidak ada lagi pertemuan namun aku tahu hanya ini jalan yang terbaik untuk diriku. Sesungguhnya aku redha jika ini adalah jalan takdirku. Amin Ya Rabbal Alamin.

****************************************************

Semakin hari makin sayang. Hubungan berjalan lancar. tak berhubung satu hari satu saat pun leh jadi rindu. Ini bukan aku sorang rasa. Dia pun sama. So leh guess ape tahap hubungan kami ni camne.

Namun, aku tahu sampai bila pun aku takkan pernah jadi org yg pertama dalam hidup kau. Takkan pernah jadi pilihan hati kau. Terkadang aku pelik sgt dengan hubungan kita ni. Kita berdiri atas dasar kawan. Tapi adakala kita seperti kekasih yang memang betul2 bercinta. Adakalanya pula aku rasa ko pelik pada aku. Entahla sampai bila aku nak pendam perasaan ni. Tak pasti samada kau tahu ke tidak atau kau tahu tapi pun diamkan jugak. Tapi yg pasti aku bukanlah sorang saje yg istimewa dlm hidup kau. Bila ade je lelaki lain yg cuba dekat dgn aku, kau cemburu. Tu yg aku tak paham ape sbnrnya yg kau nak yg kau rasakan.

Masa terus berjalan dan berjalan. aku tak tahu sampai bila aku leh bertahan. Keluarga semakin mendesak. Pada mereka kita dianggap bercinta sedang hakikatnya kita hanya KAWAN. arghh pening pale bila fikirkan. takkan nak kata jodoh lum smpi. cari maut namanya. Kau pun satula sayang, takkan takde rasa seh. nak kate aku je yg syg tak gak. Kau pun layan aku mcm kekasih tau. tu yg paling pelik dan tak paham.

Sampai bilalah hari bahagia aku akan tiba?? hmmmmm... Hanya Allah punya jawapan itu :'(